Pencapaian Bicara Mata Ini

Elyana berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu ke 21 menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu dalam kategori Pop Rock. Lagu tersebut juga dicalonkan untuk kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-13. Biarpun tewas, tetapi album ini mendapat pujian pengkritik malahan dinamakan sebagai antara "The Decade Finest Album" bersama 9 buah album artis tempatan lain oleh akhbar The Star (Malaysia) pada tahun 2010. [1]